Monday, December 14, 2009

Pantau iklan berunsur 'lucah' di TV

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerajaan akan memantau iklan di televisyen yang disifatkan sesetengah pihak sebagai agak 'lucah' bagi memastikan ia tidak menjejaskan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang berpegang kepada nilai ketimuran.

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Korban & Pengorbanan



PERISTIWA korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Sunday, November 15, 2009

Mesyuarat Peluasan Mata Pelajaran ICT 2009


Sempena peluasan mata pelajaran ICT 2009, pihak PPK dan KPM telah mengadakan mesyuarat peluasan M/P ICT, yang telah di dua tempat berbeza iaitu:-

Hotel Empress, Sepang, Selangor 23-27 Mac 2009
Hotel Grand Continental, Jln Raja Laut, KL 18-23 Okt 2009

Semua sekolah dari semua negeri telah menghantar peserta mereka dari kalangan guru-guru ICT.

Festival Digital Story Telling

Satu Festival Digital Story Telling (DST) telah dianjurkan oleh BTPN WP Labuan pada 13 November 2009 bertempat di Taman Damai, Layangan, WP Labuan.
Unit ICT SMK Mutiara telah menghantar satu pasukan untuk bertanding yang diberi nama "Mutiara Production House". Kita bersyukur kerana telah berjaya mendapat tempat ke 2 dan terbaik dalam kategori 'Film Production atau penghasilan Filem" ini.
Tahniah kepada guru secara langsung iaitu En. Mahazi Ibrahim dan Pn. Norizah. Tidak lupa kepada pelajar yang terlibat iaitu Mohd Nabhan, Rafiq, Mohd Faiz, Mohd Zaki, Ily Izdihar dan lain-lain lagi. Tahniah kepada anda semua

Majlis Makan Malam 2009


Satu majlis yg bersejarah di SMK Mutiara dalam akhir 2009 iaitu Majlis Makan Malam SMK Mutiara 2009. Dalam majlis ini didahului oleh ucapan Pengetua. Kemudian diikuti pelbagai aktiviti. Di akhiri oleh ucapan guru2 yg akan berpindah. Seramai 9 orang.....