Sunday, April 18, 2010

Labuan Itu Indah....

20 April 10 – Benarkah Labuan itu Indah??. Sebelum itu, elok la terlebih dahulu kita perlu tahu mengenai Labuan secara ringkas. Labuan adalah salah sebuah negeri atau wilayah yang terletak di bawah Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, terdapat tiga wilayah iaitu WP K. Lumpur, W.P. Labuan dan diikuti oleh WP Putrajaya. WP K. Lumpur dan WP Putrajaya tidak perlulah kita mempromosinya kerana ia sudah terkenal. Namun begitu, sejauh mana kita rakyat Malaysia mengenali Labuan. Saya percaya masih ramai rakyat Malaysia belum mengenali Labuan. Ada juga masih menganggap Labuan di bawah Negeri Sabah.