Sunday, January 24, 2010

Penggunaan Nama Allah di Majalah Herald Catholic Weekly???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya terpanggil untuk menulis komen mengenai penggunaan nama Allah di Majalah yang agak kontroversi ketika ini, iaitu Majalah Herald Catholic Weekly. Sehingga hari ini, kita belum menerima keputusan muktamad daripada pihak kerajaan atau mahkamah mengenai penggunaan nama Allah. Walaupun begitu, isu ini agak reda ketika ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah sentiasa menyelamatkan bumi kita Malaysia dari sebarang bencana. Hanya ada sedikit protes di beberapa tempat sahaja. Kita sering dinasihat untuk menjaga keharmonian Negara dan sensiviti penganut agama lain. Adakah mereka juga menjaga sensiviti perasaan kita?.

Pada 31 Disember 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya. Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam. Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pertama sekali, kita harus melihat adakah keputusan mahkamah sivil adalah keputusan yang terbaik dalam menangani isu-isu agama?. Bukan kita mahu merendahkan undang-undang sivil tetapi ia tidak selari dengan undang-undang islamiyah. Apatah lagi ia menyentuh perkara akidah islamiyah. Kita melihat ustaz-ustaz dan para alim ulamak juga melihat perkara ini dalam berbeza pandangan dan idea.

Kedua, kenapa penggunaan nama Allah timbul ketika ini? Kita semua tahu agama Kristian adalah satu yang telah lama bertapak di Malaysia sejak beratus tahun dahulu. Sebelum ini, kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Bible berbahasa Indonesia dan Bible berbahasa Melayu yang kedua-keduanya dikenali sebagai "al-kitab". Pengharamannya itu adalah kerana melayu telah mengiktiraf bangsa mereka sebagai Islam sepenuhnya. Termasuk seluruh aspek kehidupan bangsa melayu itu didedikasikan kepada Islam. Mengikut undang-undang negara sesiapa dari kalangan melayu keluar dari agama Islam, maka taraf sebagai orang melayu dihapuskan, mereka juga hilang hak sebagai bumiputra. kedua-dua buku tersebut menggunakan istilah Allah untuk Tuhan, sama seperti panggilan orang-orang beragama Islam untuk Tuhan.

Penganut Kristian mendakwa, tidak ada terjemahan yang lebih tepat dari bahasa Ibrani asal perkataan 'Tuhan' kerana bahasa Arab dan Ibrani berasal dari akar Semitik yang sama. Adakah perkataan “Elaha” dalam bahasa Ibrani sesuai diterjemahkan kepada Allah? Atau perkataan ‘God’ itu sesuai untuk diterjemahkan kepada Allah?. Padahal di dalam kitab Al Quran memang perkataan asal adalah Allah. Kemudian di terjemahkan ke B. Melayu juga Allah. Manakala perkataan ‘Rabb’ diterjemahkan pula kepada Tuhan. Cuma ia merujuk juga kepada Allah.

Adakah Kitab bible ingin diterjemahkan mengikut peredaran zaman. Dalam Islam, Kitab Al quran tidak boleh diterjemahkan sewenang-wenangnya. Allah juga telah berjanji akan menjaga kesucian Al Quran hari kiamat.

Memang benar Allah adalah untuk semua. Adakah kepercayaan kita pada Allah sama seperti kepercayaan penganut agama lain. Apa yang ditakutkan adalah penyalahgunaan nama Allah itu suatu hari nanti. Cadangan Dr Asri untuk menggariskan panduan penggunaan nama Allah adalah sangat bijak. Cuma adakah garis panduan akan dipatuhi oleh semua orang. Sedangkan rukun negara sendiri dan rukun islam sendiri ramai yang tidak patuhi. Inikan pula garis panduan.

Saya juga menyeru semua pihak mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

2 comments:

  1. Betul tu Cikgu... sokong...
    Kan "God" itu bermaksud "TUHAN"... kenapa pula Penganut Kristian sewenang-wenangnya nak menterjemahkannya kepada "ALLAH"?
    Sedangkan mereka sendiri tidak menterjemahkan perkataan "TUHAN" itu kepada "JESUS"...!

    ataukah ini adalah salah satu langkah mereka untuk mempengaruhi kaum muslimin..?! Sekaligus memecah-belahkan umat Islam!

    Nauzubillah min zalik...

    Semoga Allah melindungi diri kita dari kejahatan orang lain terhadap diri kita dan juga kejahatan yang datang dari diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  2. Hidup ini satu ujian. Harus kita menyelesaikan secara bijaksana...

    ReplyDelete