Sunday, April 18, 2010

Labuan Itu Indah....

20 April 10 – Benarkah Labuan itu Indah??. Sebelum itu, elok la terlebih dahulu kita perlu tahu mengenai Labuan secara ringkas. Labuan adalah salah sebuah negeri atau wilayah yang terletak di bawah Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, terdapat tiga wilayah iaitu WP K. Lumpur, W.P. Labuan dan diikuti oleh WP Putrajaya. WP K. Lumpur dan WP Putrajaya tidak perlulah kita mempromosinya kerana ia sudah terkenal. Namun begitu, sejauh mana kita rakyat Malaysia mengenali Labuan. Saya percaya masih ramai rakyat Malaysia belum mengenali Labuan. Ada juga masih menganggap Labuan di bawah Negeri Sabah.


Labuan merupakan sebuah Wilayah yang berpulau kecil terletak berhampiran dengan tanah besar Sabah dan Negara Brunei. Jika kita menaiki feri Express, perjalanan dari Sabah mengambil masa 3 Jam dan 1 Jam dari Brunei . Labuan telah diisytiharkan sebuah Wilayah pada tahun 1984. Keluasannya lebih kurang 3 kali lebih kecil dari Pulau Langkawi.

Pada suatu ketika dulu Labuan agak ketinggalan kerana semua urusan masih bergantung kepada negeri Sabah. Setelah di jadikan sebuah Wilayah ia mula bergerak untuk menjadi negeri yang maju. Walaupun begitu pergerakannya agak sederhana.

Penduduk tempatan adalah majoriti berketurunan Melayu Kedayan, diikuti cina, dan lain-lain. Ciri-ciri bahasa percakapan Melayu Kedayan mempunyai banyak persamaan percakapan Melayu Brunei dan juga Melayu Sabah.

Saya mula menjejak kaki ke Labuan pada awal tahun 2003. Pada masa itu perkembangan ekonomi agak perlahan. Namun kini perkembangan ekonomi sudah boleh dikira maju. Di Labuan kita sudah boleh mendapati banyak barang keperluan harian dan keperluan peribadi. Apa yang menarik hati saya ialah di Labuan kita boleh melihat pelbagai jenis kemudahan perbankan antaranya CIMB, Maybank, Public, HSBC, RHB, Allianz, Standard Charted dan AM Bank. Tidak ketinggalan juga terdapat pelbagai bank luarnegara yang berpejabat di Ujana Kewangan. Bank ini terletak berpusat dalam satu tempat berdekatan. Kalau di negeri lain kita jarang melihat bank yang beroperasi secara berpusat dalam satu tempat. Kemudahan bank ini banyak memudahkan urusan saya setiap hari.

Selain itu, juga terdapat banyak lagi kemudahan lain dan tempat menarik. Antara kemudahan lain iaitu Terminal Feri antarabangsa, Lapangan Terbang, Kompleks Ujana Kewangan, Kampus Universiti Malaya Sabah, Pusat Matrikulasi dan lain-lain lagi.

Bandar Labuan juga merupakan sebuah Bandar yang sangat bersih dan ceria berbanding di negeri lain. Labuan juga boleh dijadikan sebuah Bandar dalam taman. Kita boleh melihat hiasan tanaman bunga sekitar Bandar. Penduduk tempatan juga mempunyai intonasi bahasa yang boleh dikira agak lembut dan sedap didengar. Labuan juga menjadi hub destinasi ke negeri lain yang hampir. Ia melengkapkan perjalanan saya ke seluruh Sabah, Sarawak dan Brunei. Saya rasa sangat bertuah bila ditakdirkan sampai Labuan.

Sekian dulu setakat ini saja, auuk bha, jumpa lagi kita….

9 comments:

  1. dah pernah baca... :D

    visit Labuan Island blog: http://nadilabuan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. itu ajer ke.keluaran keduanya...? tengah menunggu ni..byk lg tentang labuan..

    ReplyDelete
  3. ada byk lg, tgu kluaran akan dtg. he.
    i'm proud of labuan.

    ReplyDelete
  4. good3x..ngeh3x...i'm proud of labuan to0! :D

    ReplyDelete
  5. hm...mcm best jee...kne pegi nih..

    ReplyDelete
  6. hmm..mcm best jee..kne pegi nih cuti ni

    ReplyDelete
  7. mmm, mmg best dpt jln2, bgus2 cuti Malaysia

    ReplyDelete