Monday, December 14, 2009

Pantau iklan berunsur 'lucah' di TV

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerajaan akan memantau iklan di televisyen yang disifatkan sesetengah pihak sebagai agak 'lucah' bagi memastikan ia tidak menjejaskan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang berpegang kepada nilai ketimuran.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah ditugaskan untuk memantau iklan terbabit bagi menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang telah ditetapkan atau sebaliknya.

''Saya akan mengambil ingatan berhubung teguran yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat mengenai iklan berbentuk sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) ketika mencelah pada sesi penggulungan itu melahirkan perasaan kesal kerana kerajaan membiarkan iklan tuala wanita ditayangkan di televisyen.

Menurut Lo' Lo', iklan itu bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan kerana wanita di negara ini tidak membincangkan hal-hal berkaitan haid secara terbuka.

(sumber utusan online)

1 comment:

  1. Setakat Iklan drama hantu, seram pun patut kena pantau juga. Sebaik ada iklan cerita seram ni budak2 pun dah tak berani nak dekat dengan TV3. Aku pun seram nak buka tv3, nasib baik ada astro.. hehehe. Rancgn tv lain juga begitu... herm.. fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete