Wednesday, January 13, 2010

Blogger Kickdafella diancam kapak terbang

Seorang blogger yang agak kontroversi dipercayai telah diancam kapak terbang. Blogger itu menggunakan nama Kickdafella, nama sebenarnya iaitu Syed Azidi Syed Abd Aziz. Beliau merupakan bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Blog beliau terkenal dengan nama http://kickdefella.wordpress.com/
 

Saya merasakan sgt kesal di atas kejadian seumpama ini. Dalam negara demokrasi dan dunia internet tanpa sempadan setiap orang mempunyai ruang untuk bercakap. Jika benar apa dikatakan oleh beliau adalah fitnah, maka disarankan pihak terlibat mengunakan saluran undang-undang yg betul untuk menghadapi situasi ini.

Jika ia dilakukan orang penyokong Pas, maka ia agak memalukan dan bertentangan dengan konsep membangun bersama Islam. Jika ia dilakukan penyokong umno, maka saya percaya ia merupakan satu sabotaj untuk meruntuhkan kerajaan Pas negeri Kelantan.

Apa yang penting setiap orang harus menghormati undang-undang di Malaysia. Bukan menggunakan kuasa di tangan masing-masing

No comments:

Post a Comment